ARTIKEL SEBELUM

19/06/13

Speaker: BN pilih Pandikar

 Tan Sri Pandikar Amin Mulia

SHAH ALAM - BN telah memilih semula nama Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang diPertua Dewan Rakyat bagi penggal persidangan Parlimen 2013-2018 kali ini.

Menurut Pandikar Amin, namanya telah dicalonkan sendiri oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, notis di bawah Peraturan Mesyuarat 4 (1). Yang dihantar telah diterima oleh Setiausaha Dewan Rakyat pada 6 Jun lalu.

"Di bawah peraturan mesyuarat tersebut saya telah nyatakan kesangguppan saya untuk berkhidmat jika dipilih," katanya kepada Sinar Harian Online.

Untuk rekod, Pandikar turut menggalas tugas sama bagi Parlimen penggal lalu.

Beliau juga adalah Speaker Dewan Rakyat yang ke-8, bukan daripada kalangan Ahli Parlimen dan merupakan penjawat pertama dari Sabah.

Pandikar Amin mula menggalas jawatan itu selepas Tan Sri Ramli Ngah Talib tamat tempoh perkhidmatannya pada 27 April 2008.

Pemilihan Speaker Parlimen ke-13 akan ditentukan pada hari pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun sebelum majlis angkat sumpah ahli-ahli Parlimen bermula.

Sementara itu, PR turut menghantar satu nama untuk calon Speaker Dewan Rakyat ke-13 iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman. -SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud