ARTIKEL SEBELUM

30/06/13

Rumah menteri kena rompak

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki merompak rumah seorang menteri di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara di sini, semalam.

Mereka yang menaiki kereta Proton Waja, dipercayai melarikan beberapa komputer riba dan jam tangan dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, ketika kejadian, menteri berkenaan dan isterinya tiada di rumah.

"Suspek dipercayai memanjat tembok di tepi pagar dan masuk ke rumah menerusi pintu depan yang tidak berkunci.

"Pembantu rumah menyedari kehadiran perompak apabila melihat pintu depan terbuka tetapi dia tidak berani menentang mereka,” katanya di sini, hari ini.

Ku berkata, pembantu rumah itu juga sempat melihat suspek menyelongkar bilik utama sebelum mereka melarikan diri.

Jumlah kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud