ARTIKEL SEBELUM

21/06/13

RANCANGAN MUSUH ISLAM YANG KITA SELALU LUPA DAN LALAI

Ketika Raja Perancis Raja Louis yang ke 9 ditawan setelah mengalami kekalahan di dalam perang salib... beliau telah ditahan di sebuah tempat bernama Mansurah di Mesir...dia telah menulis satu risalah rahsia yang diseludupkan keluar dari tempat tahanannya.....

Di dalam risalah itu beliau telah menulis suatu rahsia bagaimana untuk melemahkan orang Islam....yang sehingga kini... menjadi pegangan musuh Islam sama ada dari golongan Nasrani mahupun golongan Yahudi bagi meneruskan perang salibiyah
mengalahkan tentera Islam..

Beliau menyatakan:

" Kita tidak akan berjaya mengalahkan tentera Islam dengan senjata pedang ..kerana di kalangan tentera Islam ada yang lebih menyintai mati (syahid) dari hidup....mereka lebih rela ditetak tubuhnya dari sahabat mereka yang lain....mereka lebih percaya kepada janji rasul dan tuhan mereka... melebihi ketakutan mereka kepada mati...

Maka adalah mustahil untuk kita mengalahkan mereka....jika mereka berpegang kepada ajaran rasul mereka....maka cara yang paling terbaik untuk mengalahkan mereka bukanlah dengan senjata atau peperangan...tetapi ialah dengan menjauhkan mereka(umat Islam) dari ajaran rasul mereka dan syariat tuhan mereka....memecah belahkan kesatuan mereka...dan merosakkan akhlak dan kepercayaan mereka...."

(Dr.Sa'aduddin Said Soleh...Kitab Ihzaru asalibul hadisah fi muwajihatil islam)

Maka musuh islam telah sepakat menghancurkan kekuatan Islam dengan cara meneruskan Perang Salib melalui uslub;

1- Menjauhkan umat Islam dari Al-Quran dan Sunnah

2- Memecahbelahkan kesatuan umat Islam dengan menyokong pertubuhan yang sesat Syiah..Bahai....Khawarij...Qadariyah....dsb

3- Meruntuhkan institusi keluarga Islam (Bait Muslim) dengan merosakkan akhlak ibu
Muslimah.

4- Merosakkan akhlak anak-anak Islam yang bakal menggantikan ayahnya sebagai
pejuang

5-Menanamkan perasaan cinta dunia dan takutkan mati dalam hati umat Islam

6- Memisahkan agama dan politik(sekularisme ) agar umat Islam hanya menumpukanperkara ibadat..tanpa memikirkan kuasa politik di tangan musuh agama.


Maka salah satu cara yang paling mampan dan berkesan untuk menjatuhkan kekuatan umat islam ialah dengan merosakkan generasi muda umat Islam dengan hiburan dan aktiviti sosial..seks bebas mahupun fahaman dan budaya yang menyebabkan anak-anak biadap dan derhaka kepada ibu bapa...

Teori mereka "Rosakkan akhlak anak-anak muda Islam......maka tidak akan bangun pejuang Islam"

SEMOGA KITA JADIKAN PERKARA INI SEBAGAI MUHASABAH BERSAMA....
Ustaz Ahmad Munawir Salehuddin Salehuddin

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud