ARTIKEL SEBELUM

13/06/13

Dialog Kota D'sara PAS-PSM

Kepimpinan PSM akan berdialog dengan PAS untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit pada pilihan raya umum lalu termasuk pertandingan tiga penjuru di DUN Kota Damansara dan isu ideologi sosialisme yang menjadi tunjang parti itu.

Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan berkata mereka juga akan berbincang mengenai pendirian PAS mengenai ideologi itu termasuk kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap PSM berhubung perkara itu.

NONE
"Saya baru dapat panggilan daripada setiausaha PAS dua hari lalu, PAS bersetuju untuk mengadakan dialog dengan PSM minggu depan. (Bertujuan) untuk kita membincangkan isu-isu, apa yang (menyebabkan) PAS bermasalah sangat dengan sosialis ini," katanya.

Sebelum ini, PSM menuntut Abdul Hadi menjelaskan dakwaan dalam satu video di Youtube bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti "Marxis" dan Arutchelvan berkata kenyataan Abd Hadi itu menggambarkan PSM walaupun tidak menyebut nama partinya.

Arutchelvan berkata demikian bagi menjawab soalan bagaimana PSM boleh meyakinkan PAS supaya menerima sosialisme yang menjadi tunjang parti berlogokan genggaman tangan kiri itu.

Bercakap dalam wawancara Malaysiakini semalam, beliau berkata pihaknya bersetuju bertemu PAS di ibu pejabat parti Islam itu di Jalan Raja laut, Kuala Lumpur tetapi masih belum menentukan tarikh dan masanya.

PAS dilihat ada 2 wajah

Katanya, pihaknya ingin mengetahui pendirian PAS mengenai ideologi itu apatah lagi mendakwa pemimpin dalam parti itu berbeza pandangan mengenainya dan menurutnya PAS dilihat mempunyai dua wajah iaitu "pro-sosialis atau melihat sosialis sebagai musuh".

"Kita juga mempunyai ramai kawan-kawan di PAS yang juga berpendirian sosialis... Kita sebenarnya nak selesai, (dan) nak bertanya sebenarnya, apakah masalah PAS dengan (ideologi) sosialis.

NONE
"Dalam PAS mempunyai pandangan yang berbeza kerana PSM selama ini percaya kepada kebebasan agama," katanya.

Arutchelvan berkata pihaknya hairan mengapa isu ideologi sosialis itu diungkitkan "secara tiba-tiba" dalam pilihan raya umum lalu, sedangkan pihaknya sekian lama telah bekerjasama dengan PAS.

"Adakah ini sebenarnya persoalan ideologi atau persoalan kerusi? Kalau persoalan ideologi, dari dahulu (lagi) PAS tidak bekerja dengan PSM.

"Berapa tahun kita berkempen bersama dengan kawan dalam PAS dalam banyak isu, (kita) duduk semeja, tapi masa pilihan raya... Adakah ini isu ideologi? Atau hanya ada satu pihak dalam PAS, yang nak bertanding isu di Kota Damansara?" soal Arutchelvan.

'Isu Kota Damansara penting'

Sehubungan itu, beliau menganggap isu pertembungan tiga penjuru di Kota Damansara antara isu penting yang akan dibincangkan dalam dialog itu, yang akan dihadiri tiga hingga lima pemimpin tertinggi PSM.

NONE
"Kita melihat dalam isu tiga penjuru ini, yang kita sedih, kepimpinan PAS menyelesaikan (pertindihan) enam kerusi (lain) dahulu.

"Kota Damansara, mereka selesai lewat dan mereka menyatakan kami memerlukan masa, seolah-oleh seperti tidak jelas siapa calon," katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, penyandang dan Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim yang bertanding atas tiket PKR gagal mempertahankan kerusi DUN Kota Damansara.

Dr Nasir mendapat 14,860 undi, tewas dalam pertembungan enam penjuru dengan calon PAS, BN dan dua calon Bebas. Calon PAS Ridzuan Ismail mendapat 7,312 undi dan calon BN Halimaton Saadiah Bohan memperolehi 16,387 undi.

Jika dicampurkan undi PKR dan PAS, maka Pakatan Rakyat dilihat berjaya mengekalkan kerusi DUN Kota Damansara.

Malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud