ARTIKEL SEBELUM

1/06/13

Bercakap Pasal Luahan Khalid Samad Isu Kota Damansara


Bila saya baca luahan Khalid Samad, saya rasa ada 4 perkara yang disentuh yang utama iaitu Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BNHubungan PKR dan PAS menjadi tegangHubungan PAS dengan PAS juga terjejas dan Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat. 

Kota Damansara sebelum ini adalah kerusi PAS pada PRU11 Mohd Ariff Mohd Yusof (PAS) bertanding dan pada PRU12 kerusi itu dipinjamkan kepada PKR dan ditandingi oleh Pengerusi PSM, Dr Mohd Nasir Hashim atas tiket PKR. PSM dibantu bertanding atas tiket PKR pada pada pilihan raya umum 2008 itu kerana ketika itu pendaftarannya masih belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Pas juga yang membantu untuk mengerakkan seluruh jentera kempen dan bilik gerakan di kawasan Dun berkenaan bagi menangkan Dr Mohd Nasir.




Pada PRU13 PAS minta kerusi itu, tetapi oleh kerana kerusi itu telah dimenangi oleh PKR maka PKR berkeras mahukan kerusi berkenaan, sama seperti Parlimen Kuantan yang dipanjamkan kepada PKR dan kebetulan PRU1999 PKR memang kerusi itu dan sukar untuk PAS nak ambil balik kerusi berkenaan terutama kerusi yang dimenangi.



Situasi sama juga berlaku di Perlimen Dungun, Terengganu kerusi asal adalah kerusi PAS dan PAS bercadang untuk mencalonkan Dr Mutaruddin (bekas ahli parlimen UMNO) tetapi saat akhir ada masalah maka PAS tawarkan kerusi itu kepada PKR dengan syarat PKR mesti meletakkan calon kepimpinan. Kerusi itu dicadangkan kepada Azmin Ali oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi tetapi Azmin ingin bertanding di Selangor. Kerusi itu diberikan kepada Shamsul Mohd Arip, tetapi Shamsul kalah lebih teruk daripada Dun PAS yang menang.


Ini kena tanya Abdul Rahman Setpol Anwar Ibrahim sebab apa Mazlan boleh bertanding BEBAS??

Pada PRU13 PAS nak semula kerusi berkenaan dan PKR tak setuju akhirnya pada PRU13 bertanding 3 penjuru dan AJK PKR Dungun, Mazlan Harun bertanding atas tiket bebas. PAS tak bising pun walaupun PKR tikam belakang di Terengganu!!!


Berbalik semula Kota Damansara... PSM bergaduh dengan PKR dan ada beberapa masalah berlaku. PSM membuat kenyataan pada 5 April 2013 dan disiarkan di akhbar utama. Baca petikan di bawah:-


Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.


Setiausaha Agungnya, S. Arutchelvan berkata, meskipun parti itu menggunakan lambang PKR dalam pilihan raya umum 2008, namun perkara itu masih lagi dalam perbincangan pihaknya.Bagaimanapun, katanya, PSM meletakkan dua calon untuk bertanding di Selangor iaitu Pengerusi PSM, Dr. Mohd. Nasir Hashim serta beliau sendiri masing-masing di DUN Kota Damansara dan DUN Semenyih.



"Kita masih belum buat keputusan sama ada untuk menggunakan lambang PKR atau mana-mana parti dalam PRU-13. Perkara itu kita akan bincangkan dalam mesyuarat PSM esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 





Nampak tak isunya Dun Semenyih dan Kota Damansara yang menjadi masalah pertindihan. Kalau orang ada akal akan dengar baik-baik kata Presiden PAS, kita bertanding di kawasan menjadi masalah DEMI MENYELAMATKAN PAKATAN RAKYAT.



Saya sebut sejarah, saya sebut senario supaya pembaca faham kenapa perkara ini berlaku. PRU bukan kerja mainan, gerakerja perlu dibuat lebih awal sebab itu bila PAS buat keputusan PAS akan terus dengan keputusan bagi memastikan gerakerja berjalan dengan baik.



Saya rasa tidak menjadi salah untuk PAS ingin semula Dun berkenaan kerana jentera kerja PAS di situ kuat berbanding dengan parti PR lain, lagi pun PSM 'celang c elup' dengan PKR dan demi memastikan kerusi PR terjamin PAS perlu buat keputusan segera.



Tapi malangnya antara kelemahan yang berlaku Majlis Presiden Pakatan Rakyat lambat membuat keputusan. 



Lagi pun Azmin Ali sendiri mengaku kesilapan PKR dalam hal ini semasa Kongres Nasional Keadilan ke-9 (rujuk di sini). Takkan Khalid Samad kata kesilapan Presiden PAS??  Mana satu nak pakai ni? 



Semua yang saya tulis ini takkan Khalid Samad tak tahu!!!
Habis kenapa Khalid nampak beriya-iya masih nak salahkan PAS?? dan ditujukan penulisan itu kepada Presiden??





Soal calon Dr Mohd Nasir lebih baik. Adakah kalau PAS letak Mohamad Sabu kerusi itu akan diberikan kepada PAS? Itu bukan persoalan, isunya tapak itu sepatutnya menjadi hak milik siapa?? Adakah pembahagian mengikut apa yang dipertandingkan pada PRU1999??



Sudah pasti PKR yang untung kerana isu pada masa itu berbeza dengan isu sekarang dan PAS banyak memberikan kawasan dan tenaga kerja kepada PKR pada PRU 1999. Tidak adillah PKR 98 kerusi sedangkan PAS hanya 62 kerusi... Kita bercakap soal rasional bukan emosi dan bukan mainan sentimen pada media sosial dan melabel itu dan ini.



PAS ada wadah perjungan sendiri, PKR pun sama, begitu juga dengan DAP. Kita ada kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kita tidak ada kerjasama dengan PSM?? Kenapa itu Khalid Samad boleh jawab sebab dia kepimpinan PAS. 



Kalau sama rasanya elok Khalid masuk PSM.. Saya tak kata keluar PAS masuk PKR nanti ada labelkan saya geng UG, geng tarbiyyah PAS Terengganu. Ini satu lagi bangang dalam penulisan sikit-sikit UG sikit UG sedang yang menulis itu tak mengerti apa yang dia tulis sekadar menjadi burung kak tua kepada 'onar' menyebut UG atas dasar emosi tanpa kajian menyeluruh... Perangai begini sama dengan cara pemikiran UMNO sikit-sikit bengkrap, sikit-sikit huru hara!!! Stupid!!



Dalam kita menyebut jatuh kepada BN kepada kita fokus PAS sahaja sedangkan DAP sendiri ada membuat perkara yang lebih buruk menyebabkan Dun Damak PR kalah. Sila baca artikel saya sebelum ini. (rujuk di sini)



Itu luahan saya kepada luahan Khalid Samad. Ada 3 lagi isu yang belum saya luahkan... rasanya saya sambung kemudian.

Tranungkite

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud