ARTIKEL SEBELUM

6/05/13

Tokoh utama PAS yang tewas










Beberapa tokoh besar PAS kalah dalam pilihan raya umum ke 13 ini, antaranya termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu di kerusi parlimen Pendang.

Timbalan Muryidul Am PAS, Datuk Harun Din kalah di kerusi parlimen Arau.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pula tewas di Putrajaya, manakala Salahuddin Ayub kecundang di Pulai.

Dr Dzulkefly Ahmad gagal mempertahankan kerusi Kuala Selangor yang dimenangi pada 2008.

PAS juga kalah di Baling, Kubang Pasu, Jerai, Jerlun, Padang Terap dan Sik.
Parti itu juga kehilangan negeri Kedah yang dimenangi pada tahun 2008 kepada Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang di Marang; Datuk Nik Aziz Nik Mat (DUN Chempaka) dan Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) serta Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berjaya mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam selepas mengalahkan Datuk Zukifli Noordin dari Barisan Nasional.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menang di Pokok Sena dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Sungai Tiang.

Rampas 3 kerusi

PAS juga merampas dua kerusi parlimen – Dungun dan Kuala Nerus- kedua-duanya di Terengganu dan Temerloh di Pahang melalui Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda Pusat.

PAS kehilangan kerusi parlimen Titiwangsa, Kuala Selangor, Pendang, Baling, Sik, Padang Terap dan Jerai.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud