ARTIKEL SEBELUM

3/05/13

Taniah Selangor .. !! Terima kaseh TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM


 

Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei 2013 sebagai Hari Pelepasan Am bagimemudahkan semua rakyat Selangor mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yangbakal diadakan pada Ahad, 5 Mei 2013.

Hari Pelepasan Am ini diberikan bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untukmengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju,Sejahtera dan Berkebajikan.

Pemberian Hari Pelepasan Am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkansatu hari sebagai hari pelepasan am.

Kerajaan Selangor berharap Hari Pelepasan Am ini digunakan sebaikmungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlutergesa-gesa untuk kembali bekerja.

Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang denganselamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuahpentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri inidengan sokongan padu rakyat Selangor.

Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang.Undilah dengan bijak.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’MENTERI BESAR SELANGOR

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud