ARTIKEL SEBELUM

21/05/13

Sultan titah ubah komposisi kaum exco S'gor

Kelewatan pemilihan exco baru Selangor berlaku ekoran titah Sultan Selangor yang mahukan komposisi kaum dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri diubah kepada enam Melayu dan empat bukan Melayu, jelas PAS negeri.

Timbalan pesuruhjayanya Khalid Samad berkata, berbanding dengan nisbah 5:5 sebelum ini, keadaan kali ini berbeza apabila jumlah kerusi majoriti Melayu yang memihak kepada Pakatan Rakyat bertambah.

Bagaimanapun, beliau yang juga anggota Parlimen Shah Alam berkata, perkara itu agak sukar dilakukan memandangkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bukan Melayu.

"...dan ini akan menyulitkan PKR. PKR terpaksa melantik semua exco Melayu dan ini akan menjadi masalah bagi PKR kerana mereka juga mempunyai ahli dan penyokong bukan Melayu yang ramai," katanya merujuk kepada nisbah pembahagian yang dipersetujui, iaitu 4:3:3.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid juga berkata, Pakatan Selangor juga bersetuju, parti yang mendapat jawatan menteri besar dan speaker akan diberikan tiga kerusi exco.

Justeru, kata Khalid, gabungan itu bersetuju supaya menteri besar mengadap Sultan Selangor untuk mendapatkan persetujuan supaya dikekalkan nisbah yang lama supaya pembahagian itu boleh diselesaikan.

"Bagaimanapun, sekiranya DYMM Sultan tetap dengan pendiriannya, maka MB wajar menerimanya dan akur dengan kehendak DYMM Sultan.

"Sekiranya ini berlaku, maka DAP akan diminta menerima tawaran speaker dan 3 exco sambil tawaran 4 exco akan diserah kepada PAS," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud