ARTIKEL SEBELUM

27/05/13

Red Bean Army cerita dongeng moden –







KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata beliau hanya mengetahui istilah Red Bean Army (RBA) daripada akhbar Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu, yang didakwa dimiliki partinya dengan kos sebanyak RM15 juta setahun.

“Semua ini adalah cerita dongeng zaman moden tanpa setitik kebenaran di dalamnya. Saya tak pernah dengar istilah itu sebelum ini,” kata Lim dalam satu kenyataan.

RBA adalah satu istilah yang digunakan oleh Utusan merujuk kepada sekumpulan cybertrooper yang digaji khas untuk menyerang komen-komen yang menyebelahi BN di laman sosial media.

Akhbar itu turut mendakwa pasukan itu telah wujud selama 6 tahun. New Straits Times pula mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggunakan RBA untuk menanam sifat kebencian.

Lim turut menyindir ketangkasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memberikan respons dalam cerita dongeng yang didendangkan Utusan.

Zahid telah mengarahkan agar polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia untuk menangani fitnah siber.

“Saya cukup berharap polis, SKMM dan CyberSecurity dapat mencari dalang dan membersihkan racun perkauman yang disebarkan oleh cybertrooper Umno BN dalam internet ketika PRU13, terutamanya yang melibatkan saya dan DAP, yang ditohmah sebagai pencetus rusuhan kaum Mei 13 pada 1969, dan segala penipuan bahawa saya anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja Melayu,” kata Lim.

Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai dana yang disebut dan tidak pernah membayar satu sen pun kepada mana-mana cybertrooper.

“Tidak seperti Umno dan BN yang menggunakan (jutaan ringgit) duit awam untuk menganjurkan konvensyen media sosial di seluruh negara untuk mewujudkan pasukan cybertrooper berjumlah 10,000 orang PRU13.
"Adakah kita patut gelar 10,000 cybertrooper ini 'Belachan Army', 'Ikan Bakar Army' atay 'Cincin Army'?" sindir Lim.- HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud