ARTIKEL SEBELUM

25/05/13

MB Selangor 'kedekut'

 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau menerima teguran bahawa beliau seorang ketua eksekutif yang “kedekut” dalam menggunakan dana negeri dan berjanji untuk memperbaiki kelemahan itu.

“Anda kata saya kedekut, saya terima, sebab itu bukan duit saya (dana negeri)... Saya terima konsep bahawa duit itu sepatutnya digunakan untuk tujuan lebih baik, kenapa simpan begitu banyak? Saya terima.

“Saya akan mulakan dengan kampung luar bandar yang kita akan majukan melalui beberapa usaha supaya mereka akan melihat peningkatan pendapatan yang jelas dalam tempoh tiga tahun,” katanya dalam ucapan di Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengumumkan butiran program itu tidak lama lagi dan berjanji bahawa penggunaan rizab wang tersebut akan dijalankan secara telus.

Kerajaan negeri bawah pimpinan PKR mengumpul sejumlah RM2.6 bilion dalam bentuk rizab.- MK

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud