ARTIKEL SEBELUM

27/05/13

Komposisi 4:3:3 Sultan Selangor perkenan lantikan exco

 Khalid_Ibrahim



Majlis angkat sumpah jawatan Exco Selangor akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang, Khamis ini pada jam 9.30 pagi, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ia setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018.

“Saya akan terus berjumpa wakil parti politik dari Pakatan Rakyat Selangor selepas ini untuk memberitahu senarai calon yang diperkenankan baginda ini,” katanya dipetik media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.Khalid berkata, Sultan turut memberi perkenan baginda kepada pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mengulas sama ada pelantikan Exco dibuat berdasarkan komposisi 4:3:3 iaitu empatdaripada PAS dan masing-masing tiga wakil KEADILAN dan DAP, Khalid berkata, perkara itu akan diumumkan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan wakil parti politik berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN Selangor berbanding 36 pada 2008.KEADILAN menang 14 kerusi, manakala PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi sementara Barisan Nasional hanya menang 12 kerusi.-KD


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud