ARTIKEL SEBELUM

7/05/13

Kenyataan tsunami Cina tidak bertanggungjawab - Tamrin

KUALA LUMPUR: Bekas Exco Pemuda Umno, Tamrin Tun Ghafar (gambar) menyifatkan menggunakan istilah 'Chinese Tsunami' atau 'Tsunami Cina' adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab terhadap masyarakat Cina oleh Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mengingatkan, kemenangan Umno/BN bukan sahaja dari sokongan orang-orang Melayu semata-mata ia juga disokong oleh ramai juga pengundi-pengundi kaum Cina dan India.

Malangnya bagi BN, berbeza dengan majoriti pengundi-pengundi Melayu dan lain lain, majoriti pengundi-pengundi Cina menolak Umno/BN BUKANNYA bererti mereka membenci Melayu tetapi merka benci kepada penyelewengan kuasa, rasuah, mengkayakan segelintir kroni dan amalan nepotisma, katanya.

Katanya, walaupun berjaya tetapi nampaknya pemimpin-pemimpin Umno masih lagi meniup api perkauman dengan meluahkan perasaan kebencian yang menebal di dada terhadap masyarakat Cina seperti yang di lakukan semasa kempen pilihanraya.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno menerima keputusan kemenangan itu dengan hati terbuka dan BUKANNYA mengeluarkan kenyataan kesat yang terus menyingung perasaan seolah-olah masyarakat Cina adalah 'bangsat' yang tidak tahu membalas budi,"tegasnya.

Bagaimana Umno/BN hendak melaksanakan 'National Reconciliation' terutama apabila MCA mengambil penderian menolak sebarang lantikan kabinet, exco, dan lain lain ekoran kekalahan teruk mereka, jika pemimpin UMNO TIDAK menghormati perasaan mereka, soalnya.

"Jika inilah sentimen Najib terhadap masyarakat Cina, maka terjawablah konsep 1 Malaysia yang diwar-warkan adalah retorik semata-mata," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta hormatilah perasaan mereka jika mahu mereka kembali menghormati dan menyakini Umno/BN.

Sampai bila Umno hendak meneruskan politik perkauman ini. Berfikir dan bertindaklah secara matang dan siuman. CUKUPLAH!!!, tegas beliau.

Bagi beliau, yang menang tak menang semua dan yang kalah pun tak hilang semua.

 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud