KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR atau sebagai anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Beliau juga menegaskan, ia adalah khabar angin yang disebarkan oleh Umno untuk menggoncang Pakatan.
"Jelas ia dimulakan oleh Umno dan BN," kata Azmin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
"Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa semua berita-berita yang mengatakan saya akan keluar dari PKR adalah fitnah semata-mata.
Malah saya menafikan sekeras-kerasnya tentang berita-berita yang mengatakan saya mengancam akan keluar parti sekiranya saya tidak diberikan jawatan Menteri besar Selangor.
(Azmin dalam sidang media hari ini)