ARTIKEL SEBELUM

14/05/13

Azmin jadi exco? Saya tak boleh beritahu, kata MB selangor yang baru

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberitahu sama ada ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali akan dilantik menjadi exco kerajaan negeri bagi mengelakkan timbulnya spekulasi.

NONE


Malah kata Khalid (kiri, bertengkolok), proses pemilihan barisan exco telah pun bermula dan akan diumumkan kepada orang ramai setelah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Saya tak boleh beritahu. (Perkara) itu (boleh) menjadi spekulasi.

"Saya berjanji dengan semua orang bahawa saya akan berbincang dan tidak akan memberitahu kepada (orang) awam sehingga selesai.

"Itu pun menjadi aku janji saya. Saya tidak boleh menjawab. Saya tidak boleh buat kenyataan sehingga (perkara ini) selesai," kata Khalid.

Beliau menjawab soalan pemberitahu sama ada terdapat muka baru termasuk Azmin yang akan membarisi exco kerajaan negeri yang baru.- mkini


Tahniah Tan Sri Khalid atas pelantikan utk penggal kedua sebagai Menteri Besar Selangor.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud