ARTIKEL SEBELUM

3/05/13

Apakah hukum mengundi dalam pilihan raya?




Soalan : Apakah hukum mengundi dalam pilihan raya?

Jawapan : Hukum pengundi Wajib. Ini kerana, mengikut hukum Islam menubuhkan kerajaan adalah wajib. Banyak hukum-hukum yang ada dalam al-Quran, syarat melaksanakan mesti ada kerajaan. Ulama’ mengatakan, “Apa-apa yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengan dia, maka perkara itu menjadi wajib”.

Contohnya, hendak sembahyang mesti ada wuduk dan mengambil wuduk adalah wajib. Asalnya, sunat (mengangkat wuduk) sahaja tetapi oleh kerana sembahyang itu wajib…maka, ambil wuduk juga wajib. Kita tidak boleh hendak haramkan arak, tidak boleh hendak wujudkan keamanan, tidak boleh dilaksanakan hudud, qisas dan takzir. Kita tidak boleh hendak laksanakan hukum tanah mengikut syariat melainkan mesti kena ada kerajaan.

Maka, mengadakan kerajaan adalah wajib. Oleh kerana itu, Nabi kita Muhammad SAW berjuang sehingga menegakkan kerajaan di Madinah. Mereka yang terlibat dengan pilihan raya ialah fardhu ain dan dengan sebab satu undi (parti) kalah dan menang wakil rakyat yang menyokong lesen judi, menyokong lesen arak yang bercanggah dengan Islam. Setiap yang menyokong (undi) berdosa dan setiap yang menentang dapat pahala. Maka, mengundi adalah suatu tanggungjawab yang sangat besar.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud