ARTIKEL SEBELUM

21/05/13

6 petualang punca Umno kalah di Alor Limbat?

 

MARANG: Selepas calon Umno, Alias Abdullah tewas di DUN Alor Limbat, tuduh menuduh mula menular di kalangan ahli Umno bahagian Marang.

Beberapa pihak dalam Umno bahagian itu telah dituduh bertanggung jawab sehingga calon BN tewas dalam pilihan raya baru-baru ini.

Bukan setakat perbualan di kedai kopi dan di tepi padang futsal sahaja, mereka sudah memasang kain rentang mempertikaikan peranan sesetengah pihak sehingga membawa kepada kekalahan calon BN itu.

Menurut kain rentang yang di pasang itu, mereka menujukan punca kekalahan ini kepada enam tokoh Umno tempatan.

Antaranya bekas MP Marang yang bercita-cita mahu bertanding di kerusi itu, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Turut dituduh adalah Saiful Bahari Baharudin, Ketua Pemuda Umno Terengganu yang sebelum ini turut disebut bakal bertanding kerusi itu.

Selain itu nama bekas Adun Alor Limbat (Sebelum ini Serada), Yusof Musa juga disebut sebagai antara yang menyebabkan kekalahan calon Umno.

Turut dituduh adalah Mat Samy Vellu dan Badrul Hisyam.





Calon PAS Ariffin Deraman (gambar) telah menang DUN Alor Limbat dengan majoriti 645 undi dalam pilihan raya baru-baru ini mengalahkan calon BN, Alias Abdullah dan seorang calon bebas.

Beliau mendapat 10,844 undi sedangkan calon Umno Alias Abdullah mendapat 10,199 undi.

Pada PRU 12 2008 yang lalu calon BN yang sama telah menang dengan majoriti 799 undi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud