ARTIKEL SEBELUM

12/04/13

Video sex - Peguam Mustafa dakwa ia fitnah Umno

 

Seorang peguam yang mewakili Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan bahawa individu dalam video seks terbaru adalah anak guamnya.

Asmuni Awi, yang mengetuai firma Awi dan Co, memberitahu bahawa beliau baru sahaja dilantik oleh Mustafa untuk mewakilinya.

"Ini memang fitnah. Tidak ada orang buat kerja ini melainkan Umno.

NONE
"Pelanggan saya menafikannya. Video itu tiba-tiba sahaja muncul," kata Asmuni yang juga pengerusi Lajnah undang-undang PAS.

Asmuni (kiri) memberi amaran bahawa anak guamnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengeluar atau blogger yang memuat-naik imej tersebut.

"Kalau kita tahu prodesur siapa yang terbitkan video ini kita akan ambil tindakan," katanya.

Mustafa sementara itu mengeluarkan kenyataan satu perenggan mengatakan bahawa beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan itu. 

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PAS Harakahdaily .

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud