ARTIKEL SEBELUM

24/04/13

Tertipu dengan perjuangan UMNO 50 sytihar keluar parti



50 Pemuda UMNO di DUN Chenderoh Parlimen Padang Rengas isytihar keluar parti dan menyertai PKR. Dalam majlis ringkas penyerahan borang keahlian yang diadakan di dewan Kampung Seri Desa dengan dihadiri oleh Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak (Calon Parlimen Padang Rengas)..

Dalam ucapan ringkas wakil pemuda Kampung, Mohd Azwan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR setelah rakan-rakannya didalam UMNO selama ini berasa tertipu dan melihat perjuangan dalam UMNO tersasar dari arus perjuangan sebenar. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Beliau melihat sendiri pemimpin UMNO yang datang ke Kampung mereka hanya sekadar berceramah penuh dengan penipuan dan fitnah.

Ini juga melibatkan Ketua UMNO Cawangan Beluru tidak menghiraukan nasib mereka kecuali hanya pada waktu pilihanraya saja semasa memasang bendera. Mereka hanya mengejarkan jawatan dalam Parti untuk menjadi calon Wakil Rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk membela nasib dan kemajuan anak-anak muda di Kampung tersebut

Pada majlis itu juga Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak berkata beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersedia jika PAS dan PKR diberikan mandat untuk menjadikan pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memastikan nasib anak-anak muda terus terbela. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada anak muda Kampung Seri Desa yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Mohd Azwan dan pengikutnya, maka PKR akan diperkukuhkan lagi dalam usaha memberikan kemenangan kerusi parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh.- Media Perak

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud