ARTIKEL SEBELUM

4/04/13

Terima kasih di atas jasa rakyat Permatang Pauh – Anwar isytihar akan bertanding di Perak

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan melupakan jasa penyokong di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang setia bersamanya sejak dahulu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian menjawab soalan media berhubung isu perpindahan kawasan beliau untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Pemilihan saya untuk ke Perak bagi melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di sana. Hubungan saya dengan orang Permatang Pauh punya ‘sentimental value’.
SONY DSC
“Bukan niat saya untuk meremehkan sokongan orang Permatang Pauh. Saya bersyukur dengan kasih sayang dan kesetiaan mereka selama ini,” katanya di ibu pejabat parti hari ini.

Sambung Anwar, beliau berterima kasih di atas kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ketika itu dia dipenjara dan keluarganya dilempar pelbagai fitnah.
“Mana mungkin saya lupa ketika 2004, semua Parlimen KEADILAN kalah tetapi di Permatang Pauh Wan Azizah diberi kemenangan,” katanya.
“Esok saya akan pulang ke Permatang Pauh dan jelaskan kepada kawan-kawan di sana,” kata Anwar lagi.

Anwar isytihar akan bertanding di Perak



 PETALING JAYA 3 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengisytiharan beliau untuk bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh, dan Perak menjadi pilihannya pada pilihan raya kali ini.
Anwar lagi
“Saya isytiharkan hasrat saya untuk bertanding di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN Petaling Jaya petang ini.
Bagaimanapun, menurut Anwar, beliau perlu kembali ke Permatang Pauh esok untuk menenangkan para pengundinya.
“Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana.
“Niat saya untuk mengukuhkan kedudukan kita di Perak dan bukannya tidak menghormati sokongan setia rakan-rakan di Permatang Pauh,” katanya.
Sebelum ini beliau tidak menolak kemungkinan untuk berpindah dari Permatang Pauh di Pulau Pinang pada PRU 13 berikutan permintaan pemimpin dan rakyat, khususnya di Selangor dan Perak.
Katanya, KEADILAN memiliki ramai pemimpin berkelayakan untuk menggantikannya di Permatang Pauh jika beliau tidak mempertahan kerusi berkenaan.
Parlimen Permatang Pauh adalah kuat Anwar, lama sebelum KEADILAN ditubuh dan ia terus terus didominasi dengan kemenangan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu, dipenjara.
Ketika pengaruh KEADILAN jauh dari paras kemuncak manakala BN mencatat rekod terbaik sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini, kerusi Permatang Pauh tetap gagal ditawan calon Umno, sebaliknya kekal di tangan KEADILAN.
 keadilandaily.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud