Satu sidang media PAS Selangor mengenai pemasangan ratusan kain rentang pelbagai bahasa oleh pihak tidak bertanggungjawab di seluruh Selangor menggunakan ayat-ayat provokasi dengan menggunakan lambang dan wajah pimpinan Pakatan Rakyat bagi menimbulkan rasa syak wasangka terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Aktivis PAS Semenyih berjaya menangkap beberapa induvidu yang sedang memasang kain rentang tersebut dan satu laporan polis telah dibuat. "Kain rentang tersebut mengambar seolah-olah ia dipasang oleh PAS dan juga DAP, sedangan kita tidak mengetahui langsung kewujudan kain rentang itu,"
"Kesemua kain rentang itu berbentuk fitnah yang ditujukan kepada PAS yang mengatakan jika PAS memerintah hukum Islam dilaksanakan,"
"Kita mengarahkan agar kain rentang tersebut ditanggalkan segera jika ia didapati dipasang.
"Kita turut berharap agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilakukan pada kain rentang itu,"
Kain rentang dan risalah fitnah itu mula dikesan sejak minggu lepas, malah petugas PAS juga berjaya menangkap sekumpulan empat pemuda memasang dan mengedarkan risalah di Semenyih.