ARTIKEL SEBELUM

6/04/13

Ini Sebab Anwar tak jadi bertanding di perak !!

 
 



Rupanya ini penyebab DSAI melupakan hasrat untuk bertanding di parlimen Perak pada PRU 13.

Anwar berkata, beliau tidak sampai hati untuk tinggalkan Parlimen Permatang Pauh yang telah sebati dengan jiwanya kerana di sinilah perjuanganya bermula, jatuh bangun dan sebagainya.

Tambahan lagi, disebabkan diwaktu disumbat ke dalam penjara ekoran tuduhan meliwat, rakyat Permatang Pauh tetap berpendirian teguh dengan memberikan sokongan pada isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti besar.

"Saya terpaksa tunduk dengan permintaan rakyat di Permatang Pauh dan amnya di Pulau Pinang walaupun pada dasarnya saya berminat buat perubahan berpindah ke parlimen baru di Perak," jelasnya ketika berceramah di padang awam Taman Pauh Jaya sebentar tadi.

Pada mulanya Parlimen Permatang Pauh akan memperolehi ahli Parlimen Baru tetapi hasil desakan dan pujukan rakyat termasuk isteri maka niat untuk berpindah terpaksa dilupakan.

Walaupun terpaksa melupakan Parlimen Tambun namun penganti di sana merupakan nama besar yang bijak dan lantang bersuara. Beliau ialah Ketua Sri Kandi PKR, Siti Aishah Sheikh Ismail.

 
Bravo DSAI ~~

Membujur lalu melintang patah

Lawan tetap lawan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud