ARTIKEL SEBELUM

27/04/13

Biar gambar berbicara di Putrajaya - Aura TOK GURU



Belum pernah dalam sejarah Putrajaya sejak ia dibuka secara rasmi pada tahun 1997, kehadiran sebegini hebat dilihat walaupun beberapa acara besar seperti konsert akhir Akademi Fantasia dan perayaan Hari Kebangsaan pernah diadakan.


Bertempat di Presint 3 berhampiran Istana Kehakiman, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir dengan disambut oleh puluhan ribu rakyat yang setia menunggu sejak jam 8 malam lagi.

Rata-rata penyokong Pakatan Rakyat yang hadir merupakan kakitangan kerajaan yang menetap di sini dan ada di antaranya datang dari Bangi, Kajang dan Sepang.


Kehadiran Tuan Guru Nik Aziz benar-benar membuktikan bahawa pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu seakan berjaya 'ditawan' walaupun calon Barisan Nasional (BN), Adnan Mansor mendakwa calon PAS bagi parlimen ini, Husam Musa hampir pasti akan kehilangan wang deposit pilihanraya.

Cetusan semangat yang ditunjukkan rakyat pantas diterjemahkan dengan siri solat fardhu Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang sudah menjadi lautan manusia yang belum pernah tergambar dalam kepala pemimpin BN seperti Muhyiddin Yassin yang hanya mampu menarik kehadiran seramai 300 orang dalam satu majlis ceramah Khamis lalu.


Turut menyampaikan ucapan adalah Husam sendiri dan pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan Yang di-Pertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria.

Jalan Pulang.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud