ARTIKEL SEBELUM

22/04/13

Ada calon Juai PIL KUDA !! itu sebab bertindih kerusi dalam PR



Disini saya terjemahkan pertikan dari videoa [Atas].


Ada orang kata macam mana nak menyelamatkan negara kerana dalam PR pun berlawan sesama parti kerana bertindih kerusi pasai apa.

Haji Hadi Awang menjawap persoaolan bertindih calon kerana mahu menyelamat Pakatan Rakyat, Beliau berkata tak mahu tragedi di Perak berulang memerentah sekejap kerana calon tangkap muat. Pas menpunyai jentera jentera yang paling ramai di seluruh negara.

Pas tidak menentang calon  kawan kawan dalam pilihanraya tetapi kalau  ada calon yang kita khuatir calon tangkap muat yang boleh menyebabkan berbagai bagai kemungkinan berlaku maka Pas perlu bertindak, itu sebab berlaku pertindihan.

Di Johor berlaku pertindihan kerana penyenarain nama calon last minit, Pas khuatir takut BN menang tanpa bertanding maka Pas menyenaraikan nama.Bila pas serah borang baru calon itu menyerah borang last last minit itu sebab bertindih .Kerana jenis jual calon semasa hari penamaan pernah berlaku.

Haji Hadi berkata ada juga calon yang beliau dapat maklumat yang jual pil kuda tanpa menyebut beliau mana tempat. Ada juga calon calon yang menjulang banner Stalin dan Lenin.Maka inilah yang menyebab pertindihan calon kerana Pas nak meyelamatkan PR.

Sekali lagi Hj Hadi berkata Kita tak mahu jadi seperti di negeri Perak, memerentah sekejap kemudian jatuh. Pas tetap bersama dengan Pakatan Rakyat.

Pas bertindak memelihara keteguhan bukan sahaja semasa pilihan raya tetapi keteguhan  selepas pilihanraya selepas diberi kemenangan oleh Allah s.w.t supaya syaitan syaitan tidak boleh masuk kedalam pakatan rakyat .Itu penjelasan saya ujar Hj Hadi supaya mereka yang tidak faham dalam masalah ini boleh faham mengapa pas bertindak.

Pas tidak ada masalah berkerja sama dengan PKR dan DAP tetapi yang kaki kaki haru ini yang mahu jadi calun maka  Pas tak boleh terima ujar Hj hadi Lagi.

Pas mahu kerajaan yang teguh dan kuat untuk memerntah sebagaimana yang kita janji didalam buku jingga.





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud