ARTIKEL SEBELUM

6/03/13

Polis Filipina halang percubaan bantu penceroboh Sulu

 
 

Media Filipina mengesahkan bahawa terdapat percubaan rakyat Filipina untuk belayar ke Sabah untuk membantu penceroboh Sulu, tetapi mereka telah dihalang oleh polis Filipina.

"Itu adalah arahan pejabat tertinggi untuk menghalang mereka daripada pergi ke sana," kata pengarah polis wilayah Tawi-Tawi, Joselito Salido kepada The Philippine Star.

Beliau mendakwa kira-kira 67 pengikut kesultanan Sulu tiba di Bongao dan bersedia untuk ke Sabah melalui jalan laut, tetapi telah dinasihatkan untuk tidak meneruskan rancangan mereka.

Bongao adalah sebuah bandar di wilayah Tawi-Tawi, Filipina. Ia terletak kira-kira 150km di timur Lahad Datu.

"Kami berunding dan bercakap dengan mereka supaya menimbang semula rancangan mereka itu kerana ini hanya akan menyukarkan lagi masalah tersebut," kata Salido.

Menurutnya, kumpulan lelaki itu datang dari Basilan dan Sulu, dan tidak bersenjata. Beliau menegaskan bahawa situasi di Bongao adalah tenang.

Sebaliknya, InterAksyon.com, portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5, melaporkan Sultan Sulu Jamalul Kiram (kiri) berkata beliau tidak boleh menghalang sesiapa pun pergi ke Sabah untuk membantu pengikutnya di sana.

Ketika ditemubual di rumahnya di Kampung Maharlika Taguig City, Jamalul berkata bukan anggota kaum Tausug sahaja - iaitu keturunannya - tetapi juga Yakan dan Sama yang mahu pergi ke Sabah jika mereka berpeluang.

"Kita tidak boleh menghalang mereka," katanya.

Ditanya sama ada beliau sendiri akan menghantar lebih ramai pengikutnya ke Sabah, Kiram berkata pengikutnya di sana sudah mencukupi.

"Mereka bukan pergi ke sana untuk berperang tetapi untuk menetap di sana. Anda tahu bagaimana sukarnya kehidupam di Filipinal Kebanyakan mereka adalah nelayan, manakala yang lain adalah petani."

Jamalul mendakwa malam tadi bahawa beliau telah bercakap dengan adik lelakinya, Azzimudie Kiram, yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu, dan diberitahu bahawa pengikut Azzimudie di Sabah tidak terjejas oleh serangan besar-besaran yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia di kampung Tanduo semalam.

Menurut ABS-CBNnews.com, Jamalul turut mengecam Kuala Lumpur krana melabel pengikutnya di Lahad Datu sebagai "pengganas".

Anak perempuan sultan, Jacel Kiram, mendakwa bahawa tindakan memberi label tersebut adalah untuk menghalang campurtangan antarabangsa di Sabah.-MK.


 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud