KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.
Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.
“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi sesetengah tempat jalan dihalang.
“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina. Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja bayar cukai, rakyat tak baya