ARTIKEL SEBELUM

25/03/13

Papa Gomo PENGECUT! ??






Dari status terbaru akaun Twitter Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail
beliau memaklumkan bahawa Papa Gomo tidak hadir ke mahkamah!


Dalam mesej twiter beliau

@saifnasution: Bsama dato husam di mahk kb saman fitnah terhadap papagomo ..berhempas pulas lawyer dia hujah minta tangguh!



Manakala tweet seterusnya memberitahu:
@saifansution: Dato husam,peguam dan saksi2 siap siaga ..penakut rupanya papagomo ni,dia tak hadir pun di mahkamah pagi ini


Seterusnya, Saifuddin memberitahu:



@saifasution: Selaku defendan papagomo mesti hadir di mahk biarpun lawyernya bhujah mohon penangguhan ..rupanya PENAKUT bila disaman



Pada 16 Februari lalu, blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.





Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, permohonan maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris yang beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;












.


Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud