ARTIKEL SEBELUM

3/03/13

Lima anggota polis terbunuh di Semporna, kata IGP

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis darrah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanyanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.- Mkini.


 

 Panglima ATM kata penceroboh ada kemahiran

Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.


Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.



Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.



“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.



Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.



 IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.


Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.



Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.



Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.




Petikan dari Malaysiakini.com 

*****************

Komen aku..


Maknanya orang sulu ada dimana mana di bumi sabah

Walaupun yang datang bersenjata seramai 150 orang.

Tetapi mereka  berselerakan dan bersepah di bumi Sabah. 

Adakah ini kesan dari projek IC ?




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud