ARTIKEL SEBELUM

13/03/13

KEADILAN ‘hidu’ ada cubaan kaitkan Anwar dengan pencerobohan

Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau telah ‘menghidu’ percubaan untuk mengaitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perhatian ini kita berikan secara serius. Kerana kita menghidu ada usaha pimpinan politik yang cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu keselamatan kepada isu lain yang cuba menutup kelemahan mereka dalam menangani masalah di Lahad Datu dan Semporna.
Azmin
“Kita minta rakyat hari ini bangkit menyatakan pendirian mereka dan memberikan amaran keras kepada pimpinan kerajaan Pusat.

“Jangan bermain politik. Tumpukan segala usaha kepada menangani masalah keselamatan rakyat,” kata Azmin pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN hari ini.
Tegasnya, selain belum membuat permohonan maaf secara terbuka, kerajaan pula cuba menuding jari kepada pemimpin Pakatan terutamanya Anwar.
“Saya tak terkejut kalau pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat akan terus menjadi sasaran pimpinan politik yang cuba mengalihkan pandangan dari isu sebenar, iaitu isu keselamatan,” kata Azmin.
Tambahnya, isu pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dimanipulasi media, sedangkan pemimpin Umno BN sendiri bertemu dengan bekas Gabebor Mindanao itu.
“Nak mengaitkan apa yang berlaku di Lahad Datu adalah melampau,” tegas Azmin menjelaskan, telah menjadi budaya kerajaan Umno BN untuk menyalahkan Anwar semenjak 15 tahun lalu.
Dalam pada itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoal kredibiliti pemimpin Umno berikutan penemuan banyak gambar pertemuan bersama waris Kesultanan Sulu di internet.
“Bahkan ada laporan bukti lain oleh media Filipina,” kata Izzah menegaskan, isu yang perlu difokuskan kerajaan Malaysia adalah keselamatan negara. – SDQ

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud