ARTIKEL SEBELUM

18/03/13

Hot !!-\ Bekas ketua SPRM minta maaf pada MB



Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dijangka akan memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 

Ia berkaitan dengan kenyataan Ahmad Said mengenai dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh MP tersebut berhubung penyelenggaraan kereta peribadi dan pembelian sejumlah lembu bagi Hari Raya Aidiladha pada 2009 untuk kawasan parlimen yang diwakili Abdul Khalid.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah – yang dirunding sejak aawal pagi ini – dan akan direkodkan di hadapan Hakim Datuk Lau Bee Lan esok.

Khalid hari ini memberi petunjuk bahawa beliau tidak akan menuntut gantirugi, namun terma penyelesaian itu hanya akan diketahui esok.

Beliau menamakan Ahmad Said dan kerajaan Malaysia sebagai responden di dalam saman tersebut.




 Dakwaan Salahguna Kuasa: Bekas Pesuruhjaya SPRM Setuju Mohon Maaf

by Abdul Khalid Ibrahim (Notes) on Monday, 18 March 2013 at 16:32
Saya bersyukur bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Dato' Seri Ahmad Said Hamdan bersetuju untuk  memohon maaf kerana  mengeluarkan kata-kata  berunsur fitnah berkenaan salah guna kuasa yang melibatkan pembelian 46 ekor lembu bagi majlis korban di Bandar Tun  Razak  pada 2009.

Ahmad Said  dijangka  membuat permohonan maaf secara  terbuka di  mahkamah esok manakala permohonan maaf di media massa akan ditetapkan kelak.

Persetujuan ini dibuat dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Lau Bee Lan tengahari tadi sekaligus menamatkan kes saman malu yang saya failkan terhadap Dato' Seri Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia. 

Perkembangan  ini membuktikan bahawa tuduhan salahgunakuasa adalah tidah berasas sama sekali dan hanyalah bertujuan untuk mencemar nama baik saya sebagai seorang muslim dan Menteri Besar Selangor.

Saya sekeluarga terutamanya isteri dan anak-anak amat bersyukur ke hadrat Illahi  kerana kes ini benar-benar memberi kesan apabila kami sekeluarga digambarkan sebagai orang yang sanggup menyalahguna kuasa walaupun dalam hal ehwal agama Islam iaitu amalan korban.

Saya percaya pegawai kerajaan terutama pihak penguatkuasaan, SPRM dan  polis hendaklah melaksanakan tugas secara professional dan tidak membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kumpulan  atau  individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri. 


Sebagai Menteri Besar kepada  rakyat selangor, saya  amat menitikberatkan  integriti, ketelusan dan amanah. Saya amat  bersyukur dalam tempoh lima tahun ini tiada seorang pun  pegawai kanan kerajaan dan  exco negeri dilibatkan dengan kes salah laku dan rasuah.

Saya percaya rekod cemerlang ini akan  menjadi elemen utama kepada  rakyat  untuk membuat keputusan dalam pilihan raya umum tidak lama  lagi.



YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM 
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud