ARTIKEL SEBELUM

5/03/13

500 orang serang pajabat Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua - Fhoto inside

Kira-kira 500 orang Ngo mesra Umno  menyertai perhimpunan  bantah kenyataan Ahli Parlimen Batu, YB Tian Chua  mengenai isu Lahad Datu di hadapan pejabatnya di Sentul.
Lihatlah aksi  dan gelagat mereka  yang cukup meloyakan..



*************


Kredit Fhoto dari KL Pos


 


 *********************

 baca artikel dibawah

Tian Chua membuat laporan Polis kerana difitnah oleh Blogger Umno.








Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Laporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq.

Beliau mahu mereka yang terlibat disiasat.

Ia ekoran berita palsu menuduh beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai ‘mati katak’ dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.

Sedangkan ketika itu, beliau menghadiri ceramah KEADILAN di Tangkak Johor.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian dalam kenyataan berhubung fitnah itu pagi tadi

Tian ditemani Setiausaha, Rozan Azen Mat Rasep.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud