ARTIKEL SEBELUM

17/02/13

Wow!! hebatnya "Parti Tok Lebai"


Dulu musuh musuh Pas pernah melebel Pas sebagai parti kampungan, Parti Tok Lebai,Parti Baca Talkin  ,sehingga semua orang memandang Pas sebelah mata sahaja .

Ceramah ceramah pemimpin Pas suatu masa dulu orang yang hadir boleh dibilang dengan jari kerana pada masa itu pegaruh Pas masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan seteru politik Pas dari BN pada masa itu.


Tapi itu cerita suatu masa dahulu dan kini ia sudah berubah, berubah merentasi masa dan zaman.Dari parti yang di cop "Parti Tok Lebai" kini Pas boleh bermegah dengan kekuatannya sendiri.Dengan keahlian yang kian berkembang dari sehari ke sehari Pas boleh mendabik dada kepada musuh yang penah melebel Pas "Parti Tok Lebai".

Kemasukan golongan profesioanal berbondong bondong kedalam Parti Tok lebai menambahkan lagi kehebatan dan kekuatan Pas. Dengan hala tujuan untuk menegakkan daulah islam dimuka bumi Malaysia ini.

Dan Terkini Parti Pas mengorak langkah dengan wawasan yang jitu lagi hebat,sejajar dengan perubahan masa dan zaman Pas telah menyediakan satu unit lori Treler untuk program Jelajah Negara Berkebajikan .

Bukan nak mendabik dada dengan kemunculan treler ini, tetapi inilah realitinya perubahan masa dan zaman perlu adanya kelengkapan serta logistik s dalam kerangka melawan umNO/Bn yang ternyata lagi hebat dengan tipudaya mereka.

Menurut sumber treler 'Jelajah Negara Berkebajikan" akan memulakan perjalanan sulungnya ke Pendang, Kedah bagi program ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Syabas "Parti Tok Lebai" masa untuk buat perubahan....
Dari parti yang di cop kampungan kini "Parti tok Lebai" telah menunjukan kebolehan serta serta kehebatan tersendiri dengan mengenepikan ego musuhnya.~ Batuvskayu




























V
V
V
V
V
V

 HA HA PARTI BANGSANWAN SUKA CEDOK  TAKTIK PR

PR GUNA TERLER DEMER PUN GUNA LORI

TAPI SAYANG DEMER GUNA STANDARD LORI IKAN  JEK HA HA HA 



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud