ARTIKEL SEBELUM

25/02/13

16 Mac 2013 BUBAR PARLIMEN ?

Teka teki pembubaran parlimen sentiasa menjadi bahan perbualan dan perdebatan muktahir ini. Dimana sahaja pasti tarikh keramat ini menjadi topik untuk dibincangkan .

Ramai rakyat menjadi tukang tilik meramalkan bila tarikh pembubaran parlimen namum gagal.Hanya Kuasa presiden BN sahaja yang mengetahui bila ia akan melaksanakan hari tersebut.

Itulah kehebatan demokrasi di Malaysia tarikh keramat pembubaran parlimen hanya kepunyaan parti BN.Hanya presiden BN sahaja yang mengetauhui dan boleh menentu bila tarikh itu akan diadakan.


Tetapi pedulikan itu semua .......

Yang penting PR telah siapa sedia segala persiapan kearah itu,yang pasti lambat laun tarikh itu akan terburai jua.Jika dihitung dengan angka tarikh mandat kuasa bagi kerajaan BN akan berakhir tak berapa lama lagi.


Maklumat terkini dari YB Nga Kor Meng ahli parlimen Taiping beliau memberitahu  sumber dari maklumat "perisik" pegawai kerajaan kanan kerajaan , Parlimen dijangka akan dibubarkan pada 16 Mac 2013 dan pengundian pada 18 April ,Khamis.Beliau memberitahu semasa program  Harapan Rakyat atau Impian Malaysia di Taiping semalam.[SINI]

Benar atau tidak maklumat dari YB Taiping itu tidak penting,,

Kita tunggu dan lihat....

Yang penting semua orang dan jentera parti sudah masuk gear lima dalam persiapan menumbangkan kerajaan BN.Jangan alpa, dengan kelicikan strategi musuh kerana umNO adalah parti yang penuh dengan tipu muslihat.








posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud