ARTIKEL SEBELUM

14/01/13

Semua BohonGGG..belaka....

 


Adussss letih gilerrr..

Baru ada peluang nak up date kisah himpunan yang mencatat sejarah negara.Penulis semalam bersama dengan ribuan manusia berarak berjalan dari Mesjid Negara menuju ke lokasi himpunan di Stadium Merdeka.

Satu kepuasan yang tak terhingga penulis kecapi kerana berjaya mengharungi suasana aman dan harmoni walaupun berasak asak dicelah puluhan ribu  manusia dengan bermandikan peluh.

Pertama kali penulis nak ucapakan ribuan terimakasih kepada kepada semua yang terlibat terutama pihak berkuasa kerana membenarkan himpunan ini dijalankan,kepada penganjur ,tuan punya stadium dan semua yang terlibat menjayakan program ini ,penulis solute kepada semua kerana tanpa pengajur dan orang ramai maka himpunan ini dianggap gagal.

Terbukti  tanpa provokasi himpunan yang dijanjikan akan berakhir dengan aman. Himpunan kebangkitan rakyat ini juga telah membuktikan dan memberi jawapan kepada tuduhan atau fitnah yang dilemparkan oleh segelintir golongan terhadap himpunan sebelum ini yang konun pengajur dan perserta sengaja membuat kacau bilau serta huru hara bertujuan memburuk buruk kan negara di mata dunia.

 
terbaek berganding bahu menjaga himpunan semalam


Bukan nak tuduh sambarono,  penulis terfikir apa pasai .. ...
Semalan seekor pun tidak kelihatan FRU dan ia menjadi pelik kenapa tiada semburan air water cannon dan tiada gas pemedih mata di lepaskan , ..kenapa ye? ada siapa siapa pembaca yang boleh bagi pencerahan he he he..

Terbaeek dari pihak polis tak kira apa pangkat dan jawatan ..you al the best. Gitu juga kepada pasukan Unit Amal "wa caya sama lu" lu all memang  terbaek ...


 



Yang paling syok untuk penulis bicarakan disini ialah propaganda media mengenai himpunan ini akan memyebabkan peniaga rugi..

Maka jawapan dari penulis terhadap media barua Umno ialah " bohonggGG "...semua itu dakyah dan propaganda untuk memburuk burukkan himpunan bertujuan mengagalkan  himpunan tersebut.



Bayangkanlah air mineral 500ml berharga $2 sebotol. Sosej goreng sebatang berharga $3 ringgit..perghhh !! mahalnya...  terus penulis tegur dekat peniaga itu"aiks macam nih ke yang tv kata peniaga akan rugi'.."bukan kami yang kata"..jawap peniaga itu.Itu tv yang kata.


Tercengang orang ramai  memandang pada penulis..ha ha [dalam hati saje ku tibai untuk lepaskan geram]. kedai mamak usah di kenang la, ada sebuah kedai mamak masjety dekat station keretapi Kuala Lumpur dari awal subuh sehingga ke petang tak kering peluh mamak tu melayan bertali arus manusia yang kelaparan....,abis tang mana ruginya peniaga kerana himpunan ini?

Tak abis lagi cerita pasai peniaga rugi....semasa  penulis bertolak balik ...,ketua rombongan bas berkata"kita singgah RnR Sungai Buluh untuk solat dan menjamu selera" ok kami ikut je...

Tiba dipersimpangan RnR Sg.Buluh , amat mendukacitakan ....driver  bas kata tak boleh berhenti kerana semua parking sudah dipenuhi dengan bas bas yang mahu pulang ke utara...di RnR Rawang pula situasi yang sama seperti di Sungai Buluh  deretan bas bas yang membawa orang dari himpunan HKR bersusun berhenti di situ. Maka kami  mengambil keputusan untuk bergerak ke Hentian Tapah dan kami berniat  jamak takhir untuk solat maghrib dan isyak di sana.


Di Hentian Tapah pun sama bas bas bersusun susun mengikut lot parking .setiba di Tapah semua penumpang turun dan  penulis terus menuju ke tandas  ...adoi !! ramainya manusia semua berpakaian HKR...selepas tu  terus menuju ke surau seperti diduga dan apa yang di bayangkan Surau itu memang tak mampu lagi menampung kehadiran jemaah  sehingga ada yang bersolat dikaki lima dan dibawah pokok,memang ramai nya perseta HKR singgah di RnR Tapah.....

Sekali lagi isu  sebenarnya yang hendak penulis sampailan . bukan pasai solat atau tandas yang sempit serta penuh sesak, tapi isu yang hendak disampaikan diHentian Tapah dan semasa dihimpunan HKR ialah pasai kedai makanan. kerana di dapati semuanya sesak dengan orang ramai untuk menjamu selera....
DiHentian Tapah lagi teruk dari yang dijangkakan, kena beratur panjang untuk mencari sepinggan nasi, semasa berbaris  terdengar bunyi pelayan berkata " nasi dah habis"  ,"kalau nak,kena tunggu" kata pelayan itu yang mungkin taukeh kedai  tu "tak sangka mokcik ramai benor yang datang pada malam ini".....

tu dia sampai habis nasi kerana penangan gang himpunan yang berbondong bondong menjadi pelanacong segera...penyudahnya penulis ambik keputusan beli roti pow sebijik dan air mineral water kecik satu ,kemudian terus pergi cariplug elktrik untuk caj talipon .

Semasa di dalam bas sok sek sok sek.. sahabat penulis merunggut ..pasai dia kena kapak dengan peniaga bila sepingan nasi putih  + daging kari sampai $ 11 ringgit kena kapak. ha ha  ha penulis gelak..biasa la sekali sekala  kena kapak. saper suruh ikut  pergi himpunan he he he..

OK la semua sipnosis yang penulis tulis adalah pengalaman semasa pergi dan balik ke himpunan kebangkitan rakyat berkisar tentang makan dan peniaga..walupun bukan detail tapi mesej yang hendak disampaikan disini ialah keburukan dan kejelekan media dengan propaganda hinggusan untuk memperlekeh minda pendengar .

********
Rumusan mudah  isu pekedai rugi  oleh Media cabuk barua umNO..hanyalah propaganda murahan sahaja.

Sebenarnya peniaga patut bergumbira..kerana
Kebanjiran pelancong segera[politik] ke Kuala Lumpur akan menyebabkan peniaga juga mendapat keuntungan segera yang berlipat ganda . Maknanya isu peniaga akan rugi kerana himpunan sebegini adalah tipu  serta dakyah semata mata dan ia adalah mitos dan propagada Media media setan  semata mata.




berbaris beb!!









posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud