ARTIKEL SEBELUM

20/01/13

Rosmah patut jawab isu cincin RM24 juta bukan main sumpah

[Sidiqin Omar]
KAJANG 19 Januari: Datin Seri Rosman Mansor perlu memberi penjelasan berkaitan bukti pendedahan mengenai pembelian cincin berlian RM24 juta bukan mempermainkan sumpah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang dilakukan Deepak(Jaikishan) itu bukan ringan, bawa dokumen, bawa resit bayaran tentang  berlian permata. Jadi dia (Rosmah) kena jawab, tak boleh cakap tidak peduli. Deepak… Saya (Rosmah) tak mahu layan.

“Tapi ada orang sebut – ini dokumen dia, ini dia resit dan bayaran kepada adik kamu nama sekian-sekian. Ini bayaran kepada nama isteri kamu nama sekian-sekian, perlu jawab,” katanya.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan pelbagai bukti berdokumen mengenai pembelian cincin yang dibuat Rosmah Mansor dan dibayar Deepak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada program “Meet Anwar” – Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim di hotel Oriental Crystal di sini petang ini.
Bercakap di depan 300 anak muda, Ketua Umum KEADILAN itu memetik kisah sahabat Rasulullah, Saidina Umar Al-Khattab dalam soal perbelanjaan.
“Saidina Umar Al Khattab pakai baju baru pun kena tanya rakyat, dari mana wang kamu boleh beli baju baru?

“Tradisi orang Islam perlu kebertanggungjawaban dan akauntibiliti iaitu kamu dipertanggungjawab dan kamu akan dipersoal,” katanya.
Beliau dalam nada gurau sempat memberitahu hadirin, kemeja yang dipakainya itu hadiah daripada anak lelakinya.
“Ada juga saya beli, bukan semua orang bagi. Baju yang saya pakai ini diberi Ehsan – anak saya beli, harga RM9.99. Tak apa, jika orang smart akan jadi smart,” katanya disambut gelak hadirin.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud