ARTIKEL SEBELUM

25/01/13

Porsche Cayman milik anak saya - Ustaz Hashim

KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjelaskan bahawa beliau bukanlah pemilik kereta Porsche Cayman bernombor pendafataran WWF 3000 seperti yang hangat diperkatakan dalam beberapa laman blog yang tersiar di internet.

Sebaliknya menurut beliau, kenderaaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau selaku wakil rakyat.

"Saya sendiri pun tak pernah memandu kereta tersebut. Saya juga menafikan dakwaan kereta tersebut telah dibeli dengan harga melebihi RM300,000 sebaliknya dengan menggunakan AP, kereta tersebut hanya dibeli pada harga sekitar RM100,000 sahaja.

"Anak saya merupakan seorang ahli perniagaan dan membeli kereta tersebut menggunakan AP saya, jadi kereta Porsche itu tak ada kena mengenapun dengan dakwaan nakal yang cuba mengaitkannya dengan saya mahupun dengan PAS sendiri," jelasnya.- 

harakahdaily

 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud