ARTIKEL SEBELUM

22/01/13

Mahathir - Pendatang Asing dan IC...



Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.

Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.- 

 Photo: Asal Usul Bapa PTI a.k.a Bapa IC

Ayah Mahathir Pendatang Asing...

Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.

Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.


di petik [FB]




Projek IC: Pengakuan Tun serius, AG perlu tindak




KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara (AG) berhubung pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sepatutnya AG mengambil tindakan segera atas pengakuan tersebut termasuk menyiasat sama ada ianya dibuat mengikut undang-undang atau sebaliknya.

"Walaupun pengakuan telah dilakukan tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Maharhir.

"Adakah kerana negara ini di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sehinggakan tiada tindakan boleh diambil," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah juga turut memberitahu segala apa yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini berhubung dengan pengundi yang meragukan atau pengundi hantu adalah berkemungkinan benar.

Katanya, pengakuan Mahathir itu juga mengesahkan apa didedahkan selama ini, bahawa wujud usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kad pengenalan untuk tujuan undi adalah benar.

"Saya tidak menolak kemungkinan di Selangor juga turut ada misi yang sama, untuk mereka menawan balik negeri ini pada PRU13 nanti," sambung beliau.

Selain mengakui beliau memberi kerakyatan kepada warga asing pada zaman pemerintahannya, Mahathir juga mendakwa tindakan serupa oleh Tunku Abdul Rahman adalah 'lebih teruk'.

Mahathir juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama itu.

Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan itu.

Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.

"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.

"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.

“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya.

 http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16212-projek-ic-pengakuan-tun-serius-ag-perlu-tindakhttp://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/16212-projek-ic-pengakuan-tun-serius-ag-perlu-tindak

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud