ARTIKEL SEBELUM

30/01/13

Konsert muzik ganggu Anwar Ibrahim di Perak


Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar diganggu provokasi yang tak bermoral oleh Umno Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..

Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program jelajah merdeka rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh Umno Kuala Kangsar.

Pesta kugiran ala joget lambak oleh Umno Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah saudara Anwar Ibrahim berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .

Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas saudara Anwar berucap.Satu provokasi yang tak bertempat dan cukup amat dikesali.

Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera bendera parti telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program jelajah merdeka rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.

Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi dengan bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan dianggar lebih kurang 2000 orang menbanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak .

Melayu,Cina serta India sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato Sri Anwar ibrahim.Tepat jam 10 malam saudara Anwar Ibrahim bergegas ke satu lagi program jelajah merdeka rakyat di Tapah.

Program diteruskan dengan penceramah jempuntan yang lain dan berkhir dengan aman dan berjaya.

Dan yang paling syok ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh Umno Parlimen Kuala Kangsar.- MP









Kugiran yang tak dapat sambutan



Lihatlah sepi tanpa penonton


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud