ARTIKEL SEBELUM

17/01/13

Inikah video pendatang boleh mengundi di Sabah?








KUALA LUMPUR: Isu pendatang asing diberi kewarganegaraan supaya boleh mengundi menjadi hangat ekoran pendedahan yang dibuat oleh bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Portal berita semalam melaporkan dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Sehubungan itu, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC Sabah.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily semalam berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.

Sementara itu, terdapat sebuah klip video di dalam Youtube bertajuk ‘Siapa kata mereka bukan pendatang asing yang diupah UMNO’ yang dicatatkan dipublish pada 6 Ogos 2012.

Dicatatkan juga SK Pekan Keningau 1995, mungkin ia merujuk kepada video itu dirakam di sekolah tersebut sewaktu pilihan raya.

 Dipetik Harakahdaily,





Projek IC: Lajim seru ramai lagi buat pendedahan



KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC Sabah.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.

"Saya menyokong penuh tindakan berani bekas kakitangan JPN yang telah membuat pendedahan bahawa ada arahan pihak tertentu dalam pemberian kad pengenalan dalam usaha untuk mendapat undi.

"Selain itu juga saya minta semua pihak yang pernah terlibat perlu tampil untuk membuat pendedahan jika mempunyai bukti penyelewengan dan perkara ini amat penting untuk keselamatan rakyat negara ini dan Sabah," jelas beliau. read more

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud