ARTIKEL SEBELUM

26/01/13

Inalilah wainalilahirojiun...Ustaz Taib Azamudin kena stroke









Alhamdulilah berita yang baru terima bahawa Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini berada dalam keadaan setabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak solat Dhuha semalam.

Beliau yang dirawat disalah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam akibat terkena angin akmar di kediamannya di Baling Kedah. Kini beliau dimasukan ke tingkat 1, Wad CCU di Hospital Swasta Pulau Pinang. Namun keadaanya agak stabil.

Semalam ada terbaca dilaman sosial mengenai ahli parlimen Baling ini dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarah dikepala tetapi penulis malas nak up date cerita ini kerana takut kesahihan berita itu.Bukan apa takut jadi macam kes dimana kisah Tok Guru dimasukan ke ICU yang mana terbukti ia adalah propaganda palsu.

Dan hari ini terasa lega kerana mendengar perkabaran bahawa Ustaz Taib yang merangkap ahli Parlimen Baling itu dalam keadaan stabil. Penulis berdoa moga beliau cepat sembuh dan boleh menjalankan kerja kerja dakwah dan parti seperti biasa insyaalah.

Ust Taib Azamudden merupakan seorang bekas imam besar di Masjid Negara.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, beliau telah bertanding di parlimen Baling, Kedah mewakili parti PAS, menang dengan 21468 undi. menewaskan calon Barisan Nasional . Tetapi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 beliau tewas kepada seorang ustazah, Dato' Dr Mashitah Binti Ibrahim.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau sekali lagi memenangi kerusi parlimen Baling mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Abd. Azeez Abdul Rahim dengan majoriti sebanyak 7,613 undi. Beliau memperolehi 36,074 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 28,461 undi.


Mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1987 dan Ijazah Sarjana Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1989.Menjawat jawatan ahli parlimen Baling sehingga sekarang.~ batuvskayu


Parlimen MalaysiaBalingKedah
TahunPakatan RakyatUndi%Barisan NasionalUndi%
1999Taib Azamudden Md Taib (PAS)21,46850%Bahador Shah Md Isa (UMNO)20,07447%
2004Taib Azamudden Md Taib (PAS)28,43246%Mashitah Ibrahim (UMNO)32,66153%
2008Taib Azamudden Md Taib (PAS)36,07455%Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)28,46143%

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud