ARTIKEL SEBELUM

11/01/13

Gobalakrishnan Kantoi Ketika Disoal Balas Di Mahkamah!

Ketika ini, sedang berlangsung perbicaraan membabitkan saman fitnah antara Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail dengan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Dengan pendapatan berupa elaun sebagai ahli parlimen sebanyak RM13,500 sebulan, peguam Saifuddin meminta Gobala menjelaskan dari mana datangnya sumber kewangan bagi membiayai pembelian sebuah rumah berharga RM300,000, sebuah kereta jenama Mercedes Benz berharga RM135,000, sebuah kereta jenama Nissan Cefiro bernilai RM70,000 dan sebuah kereta Honda CRV berharga RM140,000.

Ketika ditanya, Gobala tidak menjelaskan dari mana datangnya punca kewangannya hingga mampu memiliki kesemua aset terbabit.

Paling memalukan apabila Gobala memberitahu mahkamah bahawa kereta Nissan Cefiro tersebut dibelinya untuk parti semasa dalam KEADILAN tetapi parti itu tiada aset sedemikian, menyebabkan suasana dalam mahkamah sedikit kecoh.

Malah Gobala tidak pula menyerahkan kereta tersebut kepada parti melalui Bendahari Agung, Wlliam Leong walaupun selepas keluar dari KEADILAN tetapi terus menggunakannya secara peribadi menyebabkan satu lagi pendedahan itu mengejutkan hadirin.

Tertekan dengan soalan bertalu-talu peguam Saifuddin, akhirnya Gobala sendiri menjawab soalan yang dikemukakan tidak relevan tetapi hakim mahkamah tinggi menempelak Gobala dengan menjawab sama ada soalan relevan atau tidak bukan dalam bidang kuasa Gobala tetapi itu merupakan keputusan hakim.

Sekali lagi mahkamah ketawa dengan penjelasan hakim.

Mengenai Embun Megah Sdn Bhd yang membayar RM105,000 kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Gobala memberitahu mahkamah bahawa dia tidak tahu menahu langsung mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun sekali lagi penafiannya terbongkar apabila peguam Saifuddin menjelaskan bahwa Gobala dan isteri serta anak-anaknya memilik 60 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut dan adalah mustahil sama sekali Gobala tidak mengetahui urusniaga tersebut.

Sekali lagi Gobala terperangkap dengan soalan peguam Saifuddin menyebabkan wajah Gobala kelihatan sedikit cemas dengan pendedahan demi pendedahan hingga terpaksa ditenang seketika.


Jun tahun lalu, Saifuddin membuat pendedahan di Parlimen mengenai tindakan Gobala membuat bayaran pajakan tanah syarikatnya seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan sebanyak RM1.4 juta melalui dua cek masing-masing bernilai RM700,000 dan RM701,250.

Perbicaraan terus bersambung dan dijangka selesai jam 5 petang ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud