ARTIKEL SEBELUM

2/01/13

3 sekeluarga ‘bunuh diri’ akibat tanah dirampas

KUALA LUMPUR 2 JANUARI: Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.
Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).
Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.
Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.
“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

“GNP amat sedih terhadap tragedi yang berlaku berikutan keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil pengambilan tanah oleh pemaju,” katanya.
Mengikut Bernama, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 10 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, polis menemui mayat seorang lelaki berusia 60 tahun, isterinya (57 tahun) serta anak lelaki mereka berusia lingkungan 20-an di bilik tidur rumah berkenaan.

“Terdapat bau asap di dalam rumah itu dan kita percaya sesuatu telah dibakar di dalam bilik itu bagi tujuan melemaskan diri,” katanya dipetik.
Peng Sin berkata, penduduk tempatan memaklumkan keluarga Pang miskin dan isteri pesakit strok manakala anak mereka berusia 20 tahun mengalami kecacatan akal.
“Pang bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja,” katanya.
Beliau berkata, GNP yang turut ke lokasi tragedi mendapat maklumat keluarga itu dipercayai membakar serpihan arang di bilik rumah mereka.
“Kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang berlaku. Jika masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku,” katanya.

keadlian daily.com

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud