ARTIKEL SEBELUM

19/12/12

Pelaksanaan AES: Peguam Negara patut letak jawatan

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menggesa Peguam Negara, Tan Sti Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau yang dihubungi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Peguan Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman melalui AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata.
"Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan.

"Malah ia juga menunjukkan kegagalan Peguam Negara menasihati kerajaan berhubung tindakan sewajarnya diambil atas pelaksanaannya," jelasnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, Peguam Negara perlu bertanggungjawab sepenuhnya dan segera meletak jawatan kerana telah gagal menjalankan tugas sebagai orang yang bertanggungjawab dari sudut perundangan sehinggakan prosiding kes saman ditangguhkan.

"Sebelum ini kita telah banyak kali menyuarakan kepincangan dalam pelaksanaan AES dan perkara ini terbukti berlaku apabila mahkamah menangguhkan semua prosiding.

"Selain Peguam Negara perlu meletak jawatan, kerajaan juga perlu membatalkan kesemua saman yang dikeluarkan serta memulangkan kembali duit yang telah dibayar oleh pemandu atas kesalahan yang mereka lakukan melalui saman AES," tambah beliau.

Kata beliau, kelemahan projek AES itu juga turut dapat diketahui jika kerajaan sanggup mendedahkan perjanjian yang dibuat antara syarikat pengendali dengan pihak kerajaan.

Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara hari ini mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan petang semalam, ia bagaimanapun menegaskan bahawa saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

Menurut belian ekoran kebimbangan yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu mengenai undang-undang dan aspek teknikal lain.
Maka Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk mengkaji perkara itu dan mengarahkan semua prosiding ditangguhkan sehingga kebimbangan tersebut ditangani.
 
Harakahdaily 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud