ARTIKEL SEBELUM

6/12/12

Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.
“Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.

“Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah,” katanya di hadapan 4,000 rakyat.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut Azmin, ahli perniagaan Deepak Jaikishan juga akan mendedahkan lebih banyak salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Deepak sudah umum semalam lebih banyak pendedahan akan dibuat dan akan dedah berapa banyak wang dibayar kepada Rosmah, Najib dan keluarganya.
“Kita yakin pemimpin yang rasuah, zalim mesti kita humban pada PRU akan datang,” kata Azmin.

Musa dalam sidang medianya minggu lalu menyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis ketika di bawah pimpinannya, termasuk memberi arahan terus kepada pegawai rendah dan ketua polis daerah.
Deepak pula dalam wawancara Malaysiakini sebelum itu menyatakan kekesalannya terlibat mengatur akuan bersumpah kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang membatal akuan bersumpah pertama mengaitkan Najib dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud