Semalam berita pelawak veteran terkenal Yahya Sulung di halau keluar dari rumah sewanya tersebar angkara tidak mambayar tunggakan sewa rumah sebanyak RM868 .
Hari ini pula keluar satu kenyataan dalam akhbar Kosmo dari isteri Yahya sulung menafikan mereka di usir oleh DBKL.Siapa yang berlakon di sini aku pun tak tau,sama ada Yahya sulung atau DBKL?
Mungkin benar Yahya Sulung dan Isterinya dihalau keluar atau tidak itu tak patut di persoalkan.
Yang benarnya bukan setakat pelakon veteran ini sahaja yang mengalami nasib malang akibat kesempitan hidup dan keuzuran ,mungkin lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang susah dan senasib dengan Yahya Sulung.
Sepatut isu rakyat merempat atau susah tak kedengaran lagi dalam kontek negara yang dikatakan sudah maju .Yang pelik kerajaan Malaysia berlumba lumba memberi sumbangan atau dana kepada rakyat susah di luar negara tetapi dalam masa yang sama mereka lupa rakyat sendiri pun ada yang merempat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Cuma Yahya Sulung bernasib baek kerana beliau ada nama...
Bila isu beliau tersebar semua ambil perhatian untuk membela beliau, sehingga DBKL yang dikatakan menghalau pelakon ini terkena tempias kerana laporan awal konun menghalau Yahya Sulung an isteri.
Aku percaya lepas ini Pacik Yahya Sulung dan Isteri akan terbela ...akan berebut sana sini puak puak berkepentingan menghulurkan bantuan.
Setakat ini berita yang saya terima ialah Ahli Parlimen Batu saudara Tian Chua telah datang menziarah pelakon veteran ini .Menurut ahli parlimen Batu, Tian Chua menerusi laman sosial , Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga oleh Pak Yahya Sulung.
Dan kita tunggu dari Presiden karyawan Zed Zaidi apakah peranan persatuan itu dalam membela nasib artis di Malaysia. dan kepada Baitulmal serta zakat dimana kah anda dalam isu ini???
Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna .
Saya cukup simpati pada kedua mereka.....
Yang menghairankan saya ada juga yang berpangkat Datuk dan Datin merempat kerna kesusahan hidup . Maknanya gelaran datuk dan Datin cuma sekadar penyedap pada nama tapi tak memberi apa apa makna .
Saya cukup simpati pada kedua mereka.....
Taniah YB parlimen Batu kerana perihatin anda
KUALA LUMPUR - Isteri Datuk Yahya Sulong, Datin Alisah Ali menafikan mereka dihalau keluar dari rumahnya di Flat Bandar Baru Sentul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana gagal melunaskan sewa rumah sejak lapan bulan lalu.
Alisah (gambar kecil), 65, yang dihubungi Kosmo! semalam memberitahu, beliau tidak tahu bagaimana cerita mereka dihalau keluar dari rumah itu timbul.
"Bohong. DBKL tidak pernah halau saya walaupun saya dan suami gagal membayar sewa sebanyak RM800," tegasnya.
Sebuah laman portal semalam menyiarkan kononnya Alisah serta Yahya gagal membayar tunggakan sewa rumah selama lapan bulan sebanyak RM800 dan mereka telah diarahkan DBKL agar mengosongkan rumah mereka di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.