ARTIKEL SEBELUM

17/12/12

Jaga2, serangan Umno BN bakal ‘makan tuan’

(Oleh Sidiqin Omar)
TRONOH 17 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Umno BN supaya tidak terus sombong menyerang Pakatan Rakyat menerusi media tunggangan mereka, kerana sejarah membuktikan calon pilihan raya parti itu pernah tewas ‘dimakan’ propaganda sendiri.
“Pilihan raya tahun 1969, tiap-tiap hari Utusan mainkan berita 300 ahli PAS keluar parti. Sebulan (mereka) kempen. Bila kita kira (tempoh sebulan itu), belas ribu ahli PAS yang keluar parti.
“Bila kira macam itu, (mestilah) PAS sudah hilang deposit. Tapi masa (pilihan raya), Pengerusi Utusan (Datuk Hussien Mohd Nordin) kalah bila lawan Hashim Gera (Parlimen Parit),” kata Anwar di hadapan 20,000 rakyat pada Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, berita yang dilapor Utusan Malaysia danTV3 bahawa BN akan menang dua pertiga majoriti di Parlimen hanyalah keyakinan palsu untuk mententeramkan pemimpin mereka.
“Mereka ‘terajang’ kita tiap malam. Empat hari empat malam sebut nama Anwar pada Perhimpunan Agung Umno…Dah jadi ‘Perhimpunan Agung Anwar’.
“Rakyat dah mangli. Ini bukan tahun 50′an. Rakyat tidak ada TV. Hanya ada RTM. Tapi sekarang boleh tengok ‘live’ (langsung) ceramah ini dari seluruh dunia. Malam ini puluh ribu rakyat datang atas kesedaran dan mahu bangkit tuntut perubahan,” katanya.
Beliau juga hairan apabila media Umno BN sibuk memainkan isu bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Umno hanya mimpi sahaja…Mereka tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap,” jelas Ketua Pembangkang.
Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud