ARTIKEL SEBELUM

31/12/12

Bersekedudukan kerana tiada restu

BATU PAHAT – “Tidak mendapat restu,” alasan yang diberikan oleh seorang wanita ketika ditangkap tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya dalam serbuan Unit Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di sebuah rumah di Pantai Punggor, Rengit, di sini, awal pagi semalam.

Lebih memeranjatkan, serbuan jam 1.30 pagi turut membongkar wanita terbabit sudah melahirkan seorang bayi lelaki berusia setahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan teman lelakinya.

Wanita terbabit dikenali sebagai Yati, 22, berkata, dia tinggal sekedudukan bersama teman lelakinya, Hafiz, 29, berikutan hubungan mereka tidak mendapat restu keluarganya yang berada di Kemunting, Perak .

“Saya sudah sedia dan telah berusaha menyediakan beberapa dokumen untuk berkahwin serta memujuk ayah namun ayah tidak merestuinya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Penguat Kuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat, Saiful Arifin Mohd Sopah berkata, pasangan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah dalam tempoh terdekat selepas siasatan lengkap dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1)(2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak.

“Saya menasihatkan supaya ibu bapa lebih peka terhadap sikap dan perlakuan anak-anak mereka. Kes sebegini semakin membimbangkan," katanya.- SH


 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud