Gambar hiasan
.Minggu ini politik negara kecoh isu Umno murtad ia berpunca dari satu kenyataan Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz yang di salah tafsir oleh media media pro Kerajaan.
Hari ini sana sini mereka yang terasa pedas dalam isu umno murtad melenting tak tentu pasai malah sampai ada seorang celebriti yang agak terkenal juga sanggup mengatakan dirinya telah murtad kerana termakan dakyah putar belit media ekoran ucapan Nik Aziz.
Dan semalam aku terbaca dalam akhbar Sinar Setiausaha Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood serta 100 ahli mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Eksekutif Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Yasman Hashim.
Mereka menuntut Nik Aziz menarik balik kenyataan beliau mengatakan Umno kafir, sekiranya Nik Aziz gagal berbuat demikain seramai 10,000 rakyat Kelantan akan dikumpulkan oleh pihak Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) akan membuat bantahan.
Aku No komen pasai puak puak ini nak berdemo, hangpa nak berdemo itu hangpa punya pasai sebab negara ini adalah sebuah negara demokrasi janji ada permit dan tidak melanggar undang undang, panggil la berapa ribu pun aku apa peduli.
Ok kepada puak yang terasa pedas akan kenyataan Nik Aziz di sini aku ada terbaca satu artikel yang agak baek serta hujah yang agak simple tapi padat.
Baca petikan dibawah apa yang di tulis itu lebih kurang sama maksud apa yang hendak di sampaikan oleh TGNA.
1. Jadi Ahli umno tidak murtad, tetapi boleh membawa kepada murtad sekiranya berpegang dengan prinsip "politik suku agama suku".
2. Isi borang Ahli Umno tidak jadi murtad TETAPI membawa kepada murtad sekiranya menyakini perlembagaan malaysia adalah undang undang tertinggi bagi seseorang muslim melebihi undang2 al-Quran.
3. Letak nama anak "Muhd Umno" tak membawa kpd murtad TETAPI murtad seseorang yang menghina sunnah seumpama kata " Orang yang simpan janggut sama dengan kambing"...murtad orang yang berkata dan murtad juga orang yang menyokong.
4. Pegang Bendera Umno tidak jadi murtad TETAPI membawa kepada murtad seseorang yang mengoyak poster hudud kerana bencinya pada hukum hudud, tetapi tidak dihukumkan murtad sekiranya dikoyak tanpa perasaan apa2 seumpama orang gila.[ FB]
Simpel kan kan.....faham ke apa yang di tulis tu, kalu tak faham juga hantok kepala dekat tiang tiga kali ha ha ha ...
Ok lah kepada mana puak yang terasa pedas dalam isu ini di harap bertenang relax and cool. Inilah rencah politik Malaysia . lagi nak dekat hari pembubaran parlimen lagi hangat suasana politik ini.
Kadang kadang baru terasa lazat untuk berpolitik kecoh sana kecoh sini ha ha ha ..baru ada UghmmMMMM...
Tapi mohon jangan sampai memudarat kan agama dan negara udoh la . Yang penting PRU 13 ini Umno /BN tumbang.....
[Petikan dari FB NIK aziz ]
Masihkah kau ingat? Berapa keratkah ulama UMNO yang mengecam kenyataan ini?
Dalam isu tuduhan murtad, YAB Tuan Guru menafikan menuduh UMNO murtad, beliau sekadar menjelaskan bahawa menolak Islam boleh membawa kepada murtad. UMNO tolak Islam boleh jadi kerana jahil dan boleh jadi (jika sengaja) telah murtad.
Dalam isu Father of Kafir, tiada sebarang penafian.