ARTIKEL SEBELUM

11/11/12

Rogol Amah !! Adakah perlu camera AES di pasang di dalam balai Polis ha ha..



Apa nak jadi......... harapkan pagar pagar makan padi, kerana hanya setitik nila abis susu sebelanga rosak,dan gitu juga kes dengan kes [di bawah] hanya segelintir yang berperangai macan setan abis reputasi polis Malaysia tercalar...

Aduhai apa nak jadi neh....

Mintak di hadapkan meraka ini ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan yang sepatutnya. sesuunggunya kes bergini manambahkan kebencian serta persepsi buruk rakyak terhadap pihak polis.


Bawah dipetik dari Sinar Harian.com

Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis

Wanita Indonesia dakwa dirogol tiga anggota di balai polis

Mangsa bersama Chiek Tuan menunjukkan laporan polis di pejabat MCA, Bukit Mertajam.
 BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran  pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.
Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

“Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

“Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

“Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari,” katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud