Pasal mendoakan laknat sesama manusia aku sikit pun tak terkejut dengan tindakan adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat sempena muktamar tahunan parti itu minggu lalu.
Yang terkejut hanyalah golong sekular yang bangang tahap cipan kerana terkena bantang idung mereka.
Heboh sana sini isu doa laknat ini, media masa jangan cakap la mereka la nombor satu menghentam perbuatan doa laknat oleh Nik Ramzi tetapi yang menjadi mangas adalah parti Pas.
Walaupun banyak jawapan telah di beri tentang bolehnya mendoa orang yang di zalim tetapi kalau dah jenis berfahaman sekular memang payah nak menerima hakikat ini. Mereka akan buat pekak badak seperti mana mereka berfalsafah politik suku agama suku ,
Gitu juga mereka tidak akan menerima kenyataan mengenai bolehnya mendoa melaknat orang yang buat zalim sesama manusia kerana bagi umno mana yang baik untuk mereka dalam agama itu sahaja yang di guna pakai dan kalau yang tak sebulu dengan mereka mereka akan nakfikan walau ia datangnya dari Quran dan hadis..[ini lah kita panggil sekular]
Gitu juga mereka tidak akan menerima kenyataan mengenai bolehnya mendoa melaknat orang yang buat zalim sesama manusia kerana bagi umno mana yang baik untuk mereka dalam agama itu sahaja yang di guna pakai dan kalau yang tak sebulu dengan mereka mereka akan nakfikan walau ia datangnya dari Quran dan hadis..[ini lah kita panggil sekular]
Dan pagi ini aku dapat sikit bola tanggung untuk menguatkan hujah aku pasal doa laknat yang di ucapakan oleh Nik Ramzi terhadap doa Umno KO. Dr Asri Mantan mufti Perlis berkata umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.“Kita ada beberapa perkara yang perlu dipisahkan, isu politik dan fakta, jangan kerana kerana kita berpolitik, kita menafikan fakta.
"Pertama, persoalannya, adakah boleh kita mendoakan orang yang menzalimi kita agar ALLAH SWT mengambil tindakan kepadanya, itu persoalan yang biasa, jangan letak pada Pas atau Umno.
“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?
"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” kata Dr Asri.[ SINI ]
Memangt tepat dan padat jawapan Dr Asri.... ,kepada pencacai pencacai terutama ulamak pengampu apa macam , adakah Dr Asri bercakap ikut nafsu semata mata? ...
Dan aku pun malah nak bercerita panjang pasal isu neh kerana aku pun buka alim dan arif pasal ini cuma setakat tau gitu gitu je..
So di bawah ni aku muat turun video untuk mengesahkan tentang bolehnya doa laknat dari Ustaz Sharil Long ...dalam ini beliau ada menyatakan bolehnya mendoa kepada sesama manusia malah Nabi s.a.w pun pernah berbuat demikan...
jadi layan video ini moga kita dapat manafaat dari ilmu nya
takbirRRRRR ~~~AlalllhuakbarrRRRR.
~~~ BERCAKAP BENARLAH WAHAI MANUSIA WALAU IANYA PAHIT.~~~~