ARTIKEL SEBELUM

27/11/12

Kes Scorpene ‘bapak’ segala jenayah di M’sia – Chegu Bard

(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 27 November: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin menyifatkan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicara di Mahkamah Perancis adalah ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kes itu melibatkan Kerajaan Malaysia, rasuah, pembunuhan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dan oleh kerana itu rakyat perlu tahu mengenainya.

“Rakyat perlu tahu kerajaan bazirkan RM5 bilion, itu belum termasuk kos-kos lain yang tidak diambil kira, semua menjadikannya lebih RM7 bilion dalam urusniaga pembelian Scorpene ,” katanya.
“Sebab itu pelbagai usaha kita buat agar rakyat celik tentang isu ini, termasuk membawa masuk peguam dari Perancis ke Parlimen, namun akhirnya dihalang kerajaan,” jelasnya kepada kepada Keadilan Daily dalam program tayangan secara langsung taklimat Scorpene yang dibawakan oleh SAMM di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) tengahari tadi.
Taklimat itu yang sepatutnya diadakan di Parlimen Malaysia terpaksa diubah ke Changi Singapura berikutan halangan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Sesi taklimat oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon itu berlangsung dua jam.
SAMM dan kerjasama dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini komited memberi pendedahan berhubung kes itu kepada masyarakat pedalaman dengan mengadakan ceramah dan jelajah.
“Puak-puak Umno kemudian membuat pelbagai cerita kononnya tidak ada perbicaraan tentang kes itu di Perancis. Tapi bila kita nak bawa masuk (peguam) untuk jelaskan, mereka (kerajaan) takut pula nak bagi (masuk),” kata beliau.
Sehubungan itu, menurutnya, SAMM akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan depan.
“Dalam buku tersebut ada semua dokumen lengkap dan telah disahkan mengenai pembelian kapal selam itu.
“Jadi komitmen kita ialah turun kepada rakyat dan memudahkan pemahaman mereka,” jelas Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud